Wednesday 7 March 2012

BANTU Nurul Nadirah Abdullah

pernah dengar kes kehilangan ADIK NURUL nie?? tgk berita nie:

KUALA LUMPUR -- Seorang kanak-kanak perempuan yang hilang berhampiran rumahnya di Flat Seri Delima Jalan Suri, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, Johor didakwa angkara dendam. Nurul Nadirah Abdullah, 5 tahun, hilang setelah keluar daripada rumahnya untuk membeli mi segera dan telur di kedai berhampiran. Sehingga kini mangsa masih belum dijumpai dan pihak polis sedang menyiasat setelah menerima  laporan yang dibuat ibu mangsa, Roselyn Alan, 25, pada Khamis lalu.

MAKANYA, MOH AMBIK ACTION, IF ANDA ADA INFO PLEASE PLEASE PLEASE  menghubungi  talian berikut:Pegawai Penyiasat,  Noor Rubeena  Baharuddin (012-599 7705) atau hotline Kontinjen Polis Johor : 07-2254422 atau Talian Hotline IPD Seri Alam : 07-3871422.

kata bunga: agaknya apa yg dilalui adik nie sekarang yek...kl diperlakukan dengan baik alhamdulillah...jika sebaliknya...
Ya Allah..minta jaukanlah dia dari didera atau sebagainya...emmm...bunga rasa memandangkan negara kita nie tak seselamat 100% dari jenayah, ibu bapa mulai sekarang xkiralah kedai tue dekat ke, jauh ke, bawah blok umah je ke, bawah tingkat umah je ker, atau luar tingkap umah sekalipun, JANGAN BIARKAN ANAK ANDA PEGI BERSEORANGANNN....
yelah..benda2 mcm nie kita xsangka bila akn berlaku, 'mereka-mereka' di luar sana skrg tggu masa je nak lakukan sesuatu kira capai peluang bila nampak..mereka yg sanggup melakukan jenayah sebegini (culik,bunuh,ragut,balas dendam, etc.) mmg nekad DAN  TAK AKAN  terbit rasa bersalah, takut, pikirkan kesan tindakan mereka atau simpati dalam hati mereka.....
Bunga rasa bunga pun tak termampu nak tanggung kehilangan anak yg kita tak tahu keadaan dia di tangan org...kepada ibu bapa nurul,bunga doakan anak mereka selamat ditemui dan kembali ke pangkuan mereka untuk menjalani kehidupan seperti biasa..amin...

1 comment:

  1. Ya Allah..rupa-rupanya dah meninggal adik nie...
    Ya Allah,Kau tenangkanlah roh adik kecil ini di sana, semoga dia di tempatkan di kalangan orang-orang yg beriman..
    Ya Allah, hanya Kau yang boleh membalas azab kepada mereka yg sanggup menganiaya adik kecil ini di dunia...

    ReplyDelete